Monday, January 24, 2011

surat rasmi


salam
maafkan saya kerana dengan kehadiran surat ini,mengganggu ketenteraman hari2 normal awak sebelum ini,saya berharap kehadiran surat ini tidak menjadi pencetus kepada kita untuk semakin jauh walaupun kandungan isi surat ini boleh mewujudkan keadaan kurang senang kepada awak.Walaupun zaman sekarang saya tidak perlu lagi bersusah payah untuk mencari pen,kertas kajang dan liquid paper untuk menulis surat,dan saya juga tak perlu susah2 untuk pergi ke post office untuk beli setem dan sampul surat dan saya juga tidak perlu susahkan posmen untuk pos surat ini walaupun saya tak tau pun alamat rumah awak sebenarnya,tetapi ini pun macam surat jugakkan...wahh panjang sangat mukadimah surat saya ni...

Awak
Saya tidak tahu hendak bermula dari mana,saya sebenarnya masih lagi kabur dengan apa yang rasa sekarang,saya tak tau dari mana datangnya perasaan saya ini.Sedangkan sebelum2 ini apa yang saya lalui adalah hari2 biasa sahaja.Namun sukar untuk saya jelaskan perasaan saya sekarang.Macam mana perasaan seseorang yang sedang merindui seseorang,itulah yang sedang saya alami sekarang.Saya sedang merindui seseorang yang di alam maya,seseorang yang belum pernah saya jumpa,belum pernah lagi saya mendengar kemerduan suaranya,tetapi saya yakin tetang kewujudannya.

Awak
Mungkin sekarang awak sedang gelakkan saya,kerana sedang merindui seseorang yang belum pernah saya mendengar suaranya,mendengar suara pun belum pernah,apatah lagi berjumpa dengannya.Tapi perasaan itu hadir tanpa dipaksa,saya tak tau dari mana puncanya hadir perasaan sebegitu,hadirnya kadang2 menyesakkan saya,membuatkan saya resah,saya benci dengan perasaan ini,tetapi saya merindui kehadirannya.Awak rasa saya ni betul ke tak ek,saya sendiri pun tak pasti,tapi apa yang saya pasti,saya dapat rasa dalam hati apa yang tidak dapat dilihat oleh mata,dan saya dapat rasa dalam fikiran saya walupun saya tidak memahaminya.

Awak
Sekiranya perasaan ini datangnya dari Allah,yang memberi petunjuk bahawa betapa indahnya perasaan yang telah diberikan ini kepada saya,saya mohon kepada awak untuk memahami apa yang saya rasa sekarang ini.Bahawa perasaan rindu yang sedang saya alami sekarang adalah rindu kepada awak.Dan sekiranya perasaan yang hadir ini adalah dari gangguan syaitan,yang hanya bertujuan untuk menyesatkan anak adam,saya mohon pada Allah agar hilangkanlah perasaan ini dan lindungilah hambamu ini dari kesesatan yang menyesatkan.Ampunilah dosa2ku ya Allah..

Awak
Maafkan saya sekiranya surat ini membuatkan awak tidak senang dengan saya..Maafkan saya,saya hanya insan biasa,yang sempurna itu hanyalah Allah s.w.t sahaja...

No comments:

Post a Comment