Lantaran beberapa bulan bertelingkah tentang perhimpunan agung parti popular yang bakal menjenguk selepas hari natal nanti.Datok Seri H terperanjat apabila secara penuh mendadak seorang pemuda meluru dan menghunus keris taming sari ke arah bawah sedikit dari jantungnya terus menikam kalbu.Mujur juga kotnya saje yang tertembus,kulit dan paru-parunya masih selamat.Lalu dia jadi bimbang dengan ketajaman keris dan ketangkasan pemuda tersebut.Datok Seri H segera menempah sebuah BMW M5 kalis peluru untuk menjamin keselematan sendiri.Lagipun kereta perdana yang ada sekarang maintenancenya agak tinggi,so berbaloi untuk menukarkan kereta tersebut dengan yang baru walaupun menjadi modal dari parti lawan untuk dijadikan isu pembaziran dalam sidang parlimen nanti.Setelah dikecam dalam sidang kerana pembaziran wang rakyat,Datok Seri H malu-malu untuk menggunakan kereta BMW tersebut,dan masih lagi menggunakan kereta perdana lama walaupun keselamatan sendiri tidak terjamin.setelah ditanya wartawan,"mengapa datok seri masih belum menggunakan kereta BMW yang baru itu "?jawab datok "kereta lama kan masih elok lagi,buat apa nak membazir." "pulak".
Apa sudah jadi sebenarnya,mengapa dia diserang? Oh, Datok Seri H baru tahu setelah setiausahanya menghulurkan akhbar,naskah akhbar empat hingga lima minggu kebelakangan ini.ada menteri sibuk bergebang tentang pemilihan jawatan itu dan ini dalam parti hingga tak sempat untuk dia membelek berita paling kurang.Lebih hairan lagi,Datok Seri H tidak suka membaca walaupun adalah seorang Menteri Tunjuk Ajar ku sifu.Erm Datok Seri H baru tau,banyak pihak tidak suka kurang gemar lagi dengan pelannya Pelajari Pengajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.PPSMM.
Ah,sudah mengapa? Datok Seri H sudah tidak senang duduk.Bukankah bagus pelannya itu? Lebih mudah untuk anak-anak bangsanya memahami dua matapelajaran yang utama pentingnya itu.Kalau dalam bahasa Inggeris,ah tunggang-langganglah keputusan peperiksaan-peperiksaan awam.Dia juga tak lama dikerusi pak menteri nanti.kalau didalam bahasa Melayu,anak-anak bangsanya juga yang akan menikmati mudah dan dia akan terasa seperti sudah melaksanakan tugasnya.Apa nak diikut lagi cara penjajah inggeris dahulu,walaupun telah termaktub didalam rang undang-undang perlembagaan.Ini untuk kebaikkan bersama.
Datok Seri H menekuri pula komputer peribadinya,laman sesawang dibuka.Gawat! semakin banyak pula penetangan terhadap PPSMM yang diterimanya.Kantung surat elektroniknya melimpah,mujur juga segalanya grafik.Jika tidak,mungkin ada yang membanjir keluar dari skrin rata.Banyak nota bantahan.Datok Seri H naik hairan,dari mana pembantah-pembantah ini mengutip alamat surat elektroniknya? Adakah terpenyek dijalan Chow Kit atau beterbangan dijalan Masjid India.Dia memutuskan untuk membuat alamat yang baru sahaja.
Datok Seri H melayari laman sesawang yang agak terlarang.Dia memang gemar berlayar,jarang-jarang perempuan separuh tidak berpakaian muncul diskrin ratanya.Seronok juga walupun dia akan cepat-cepat beralih mata kerana semua itu telah dilihatnya seminggu sudah."tiada yang baru ke ".Setelah bosan Datok Seri H membelek pula kupasan-kupasan berilmiah tentang sisi negatif PPSMM seperti sengaja mengunjungi Datok Seri H.Blognya juga banyak yang menggesa kerajaan supaya merombak PPSMM seperti blog rasmi Gerombolan Memusnah PPSMM, GMP dan blog artis terkenal Faizol Indiani.
Datok Seri H tambah terkejut apabila melihat gambar sasterawan negara datok A.Ahmad said menangis sambil mendakwa bahasa melayu ."terlalu banyak kata pinjam daripada bahasa Inggeris,hal ini mengucar-kacirkan bahasa Melayu dan generasi baharu takkan tahu bahasa Melayu dengan lebih baik,ada yang berkata bahasa inggeris bukan bahasa ilmu,apa ni kalau nakkan ilmu kita kenala belajar,bukan salahkan bahasa pula",katanya.Datok Seri H termengkelan,terlalu kelu dia.Dan dia semakin memikirkan bantahan-bantahan ini mencurah apabila dia telah melancarkan PPSMM selama 72 bulan yang lalu.Dia hakikatnya mahu memberi kerja yang senang kepada anak-anak melayu.Telefon kemudian berdering.
"H, saya mahu tindakan segera.Bantutkan PPSMM ". itu dia,arahan sepatah daripada datok seri PM.Datok Seri H tertelan liur sendiri lagi.kali ini,nasib pelannya benar-benar dihujung tanduk.Dia menimbang rasa antara anak bangsanya yang kurang serasi dengan bahasa lain dan nasib bahasa melayu yang kononnya sedang dimamah PPSMM.Datok Seri H terasa dikejar peribahasa lama; ditelan mati mak,diluah mati bapak; hendak dikulum diri sendiri pulak yang mati nanti.
namun kuli tetap kuli,arahan ketua mesti dipatuhi.kasihan anak bangsaku,bisik hati kecil Datok Seri H.
