Monday, April 13, 2009

Milo Terakhir


"kamu didapati bersalah dan dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati"...itulah saja perkataan terakhir yang aku dengar sebelum semuanya menjadi gelap."ibu,apakah kesalahan anakmu ini,hingga dijatuhkan hukuman sedemikian rupa,anakmu masih lagi waras,belum lagi nak gila untuk membuat segala kesalahan itu,tangan ini masih suci lagi ibu"sepi...

Harapan untuk terlepas dari hukuman ini sudah tiada lagi,mahkamah rayuan menolak rayuan kerana peguam aku gagal untuk membuktikan sebarang keraguan terhadap kes aku ini.Aku kini hanya bermohon semoga segala rayuan doa-doaku dan sujud-sujudku padaNYA dimakbulkan Allah yang Maha Mendengar.Mungkin ini balasan dari dosa-dosa yang telah aku lakukan,walaupun yang menyabitkan aku berada dalam neraka dunia ini bukan dosa aku.Ya Allah,mengapa seberat ini ujian dan dugaan untuk aku,mengapa mesti aku yang menanggungnya,kenapa aku,kenapa.Dimana keadilanMU Allah.Arrghhhh........

Gelap.Aku terjaga dari tidur yang sekejap.Menangis lagi untuk kali yang keberapa.Tiada yang lebih indah bila terkenangkan masa-masa lalu,bebas bergerak,luas mata memandang ciptaan Tuhan.Terasa lapang,ahh segar rasanya nafas,menghirup udara ciptaanNYA yang terkadang membuat kita lupa dan alpa.Tapi sekarang aku dibilik sempit ini,berkongsi bersama penghuni-penghuni lain yang melakukan pelbagai dosa dan noda..

"Selalu la pohon keampunan dari Allah s.w.t,kerana Allah itu Maha Pengampun,setiap manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan salah dan dosa,hanya kekasih Allah sahaja yang terpelihara dari melakukan dosa,kita sebagai manusia biasa ini,selalulah bertaubat kepada Allah,semoga Allah mengampunkan dosa2 mu Amran"..sayu rasanya hati aku apabila mendengar nasihat dari Ustaz Akhil,dia memang ditugaskan untuk memberi kata-kata motivasi kepada mereka yang menjadi penghuni bilik akhir macam aku ini.."Ustaz,saya tidak bersalah ustaz,saya hanya diperalatkan,saya tidak tahu langsung apa yang apa dalam beg itu ustaz,ustaz saya"..aku tidak dapat meneruskan kata-kata lagi,menangis.."sabarlah Amran,mungkin ini ujian Allah keatas kamu,bersabarlah..Ada hikmah disebalik atas apa yang berlaku ini,sabar ye Amran"..Aku hanya mampu mengangguk-ngangguk sahaja,tiada kata-kata lagi yang mampu aku ucapkan..

"Mahkamah dengan ini memberi izin kepada kamu Mohd.Amran bin Omar untuk meminta permintaan terakhir sebelum hukuman dijatuhkan keatas kamu".Tiada apa lagi yang mampu aku minta,orang sudah tahu bila saat ajal mahu tiba,mana mungkin mahu apa-apa lagi.Semuanya sudah tawar bagi aku,cuma apa yang aku harapakan Allah mengampunkan dosa-dosa aku dan kedua ibu bapa aku.Aku memandang sayu ibu aku yang berada dibelakang,setia menemani aku apabila ada perbicaraan di mahkamah ini.Tiba-tiba tekak ini ingin sahaja merasa air milo yang dibuat oleh ibu aku.Sejak kecil lagi air milo memang menjadi air rasmi untuk aku,dan air milo ibu adalah yang tersedap pernah aku rasa.Aku tidak mampu untuk berkata-kata sendiri,dan melalui peguam aku,mahkamah memberi keizinan atas permintaan aku itu.

Aku lihat ibu tertunduk sayu sambil menitiskan air mata apabila mendengar permintaan aku untuk meminum air milo yang dibuat olehnya."Amran,ibu maafkan semua dosa-dosa Amran,ibu tahu Amran tidak bersalah,jangan terlalu bersedih nak,selalu pohon pada Allah,semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita".Aku termenung jauh mendengar kata-kata ibu,ditangan aku masih lagi bersisa air milo yang diberi ibu tadi.Walaupun hanya dibenarkan minum dalam gelas kertas sahaja,kerana banduan akhir tidak dibenarkan minum dalam gelas kaca atau plastik,takut berlaku kejadian bunuh diri dan risiko mencederakan diri sendiri.Itulah minuman paling nikmat sekali aku rasa selama aku menjadi penghuni bilik akhir ini."Ibu,Amran tidak bersalah,tapi Allah telah takdirkan begini pengakhiran hidup Amran,Amran redha bu,cuma Amran berharap,ibu doakan Amran selamat bila berada dialam sana,ampunkan dosa-dosa Amran selama ini,halalkan makan minum Amran dan air susu ibu yang mengalir dalam darah Amran selama ini,yang membesarkan Amran menjadi jahat begini.Maafkan Amran ibu"..

Tiada air mata lagi yang mengalir,sudah kering semuanya aku curahkan.Malam ini aku hanya menghabiskan masa-masa terakhir aku hanya untuk bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t sahaja."Ya Allah,sekiranya ini pengakhiran hidup aku,yang telah ditakdirkan untuk aku,Engkau ampunilah dosa-dosa aku selama ini,aku redha diatas semua ketentuan mu Ya Allah.Aku bermohon padaMu,Engkau permudahkanlah saat nyawa aku diambil pada hari esok Ya Allah,janganlah Engkau sakitinya Ya Allah kerana tiada sakit yang lebih sakit selain dari tiba saat kematian.Ya Allah,ampunilah dosaku Ya Allah..Aku menangis lagi untuk kali yang terakhir....

Tuesday, March 31, 2009

PPSMM


Lantaran beberapa bulan bertelingkah tentang perhimpunan agung parti popular yang bakal menjenguk selepas hari natal nanti.Datok Seri H terperanjat apabila secara penuh mendadak seorang pemuda meluru dan menghunus keris taming sari ke arah bawah sedikit dari jantungnya terus menikam kalbu.Mujur juga kotnya saje yang tertembus,kulit dan paru-parunya masih selamat.Lalu dia jadi bimbang dengan ketajaman keris dan ketangkasan pemuda tersebut.Datok Seri H segera menempah sebuah BMW M5 kalis peluru untuk menjamin keselematan sendiri.Lagipun kereta perdana yang ada sekarang maintenancenya agak tinggi,so berbaloi untuk menukarkan kereta tersebut dengan yang baru walaupun menjadi modal dari parti lawan untuk dijadikan isu pembaziran dalam sidang parlimen nanti.Setelah dikecam dalam sidang kerana pembaziran wang rakyat,Datok Seri H malu-malu untuk menggunakan kereta BMW tersebut,dan masih lagi menggunakan kereta perdana lama walaupun keselamatan sendiri tidak terjamin.setelah ditanya wartawan,"mengapa datok seri masih belum menggunakan kereta BMW yang baru itu "?jawab datok "kereta lama kan masih elok lagi,buat apa nak membazir." "pulak".

Apa sudah jadi sebenarnya,mengapa dia diserang? Oh, Datok Seri H baru tahu setelah setiausahanya menghulurkan akhbar,naskah akhbar empat hingga lima minggu kebelakangan ini.ada menteri sibuk bergebang tentang pemilihan jawatan itu dan ini dalam parti hingga tak sempat untuk dia membelek berita paling kurang.Lebih hairan lagi,Datok Seri H tidak suka membaca walaupun adalah seorang Menteri Tunjuk Ajar ku sifu.Erm Datok Seri H baru tau,banyak pihak tidak suka kurang gemar lagi dengan pelannya Pelajari Pengajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.PPSMM.

Ah,sudah mengapa? Datok Seri H sudah tidak senang duduk.Bukankah bagus pelannya itu? Lebih mudah untuk anak-anak bangsanya memahami dua matapelajaran yang utama pentingnya itu.Kalau dalam bahasa Inggeris,ah tunggang-langganglah keputusan peperiksaan-peperiksaan awam.Dia juga tak lama dikerusi pak menteri nanti.kalau didalam bahasa Melayu,anak-anak bangsanya juga yang akan menikmati mudah dan dia akan terasa seperti sudah melaksanakan tugasnya.Apa nak diikut lagi cara penjajah inggeris dahulu,walaupun telah termaktub didalam rang undang-undang perlembagaan.Ini untuk kebaikkan bersama.

Datok Seri H menekuri pula komputer peribadinya,laman sesawang dibuka.Gawat! semakin banyak pula penetangan terhadap PPSMM yang diterimanya.Kantung surat elektroniknya melimpah,mujur juga segalanya grafik.Jika tidak,mungkin ada yang membanjir keluar dari skrin rata.Banyak nota bantahan.Datok Seri H naik hairan,dari mana pembantah-pembantah ini mengutip alamat surat elektroniknya? Adakah terpenyek dijalan Chow Kit atau beterbangan dijalan Masjid India.Dia memutuskan untuk membuat alamat yang baru sahaja.

Datok Seri H melayari laman sesawang yang agak terlarang.Dia memang gemar berlayar,jarang-jarang perempuan separuh tidak berpakaian muncul diskrin ratanya.Seronok juga walupun dia akan cepat-cepat beralih mata kerana semua itu telah dilihatnya seminggu sudah."tiada yang baru ke ".Setelah bosan Datok Seri H membelek pula kupasan-kupasan berilmiah tentang sisi negatif PPSMM seperti sengaja mengunjungi Datok Seri H.Blognya juga banyak yang menggesa kerajaan supaya merombak PPSMM seperti blog rasmi Gerombolan Memusnah PPSMM, GMP dan blog artis terkenal Faizol Indiani.
Datok Seri H tambah terkejut apabila melihat gambar sasterawan negara datok A.Ahmad said menangis sambil mendakwa bahasa melayu ."terlalu banyak kata pinjam daripada bahasa Inggeris,hal ini mengucar-kacirkan bahasa Melayu dan generasi baharu takkan tahu bahasa Melayu dengan lebih baik,ada yang berkata bahasa inggeris bukan bahasa ilmu,apa ni kalau nakkan ilmu kita kenala belajar,bukan salahkan bahasa pula",katanya.Datok Seri H termengkelan,terlalu kelu dia.Dan dia semakin memikirkan bantahan-bantahan ini mencurah apabila dia telah melancarkan PPSMM selama 72 bulan yang lalu.Dia hakikatnya mahu memberi kerja yang senang kepada anak-anak melayu.Telefon kemudian berdering.

"H, saya mahu tindakan segera.Bantutkan PPSMM ". itu dia,arahan sepatah daripada datok seri PM.Datok Seri H tertelan liur sendiri lagi.kali ini,nasib pelannya benar-benar dihujung tanduk.Dia menimbang rasa antara anak bangsanya yang kurang serasi dengan bahasa lain dan nasib bahasa melayu yang kononnya sedang dimamah PPSMM.Datok Seri H terasa dikejar peribahasa lama; ditelan mati mak,diluah mati bapak; hendak dikulum diri sendiri pulak yang mati nanti.
namun kuli tetap kuli,arahan ketua mesti dipatuhi.kasihan anak bangsaku,bisik hati kecil Datok Seri H.

Saturday, March 28, 2009

menang


hari ini tamatnya perhimpunan agung umno yang keberapa aku sendiri pun tak tau,pemilihan-pemilihan calon tertinggi telah pun diketahui.ada yang menang dan ada yang kalah.biasalah adat pertandingan,lain la kalau pertandingan bola,logik kalau dapat seri.

sejarah malaysia tercatat lagi kali ini,malaysia bakal dipimpin oleh perdana menteri yang baru dan timbalannya yang baru.bagi calon pada awalnya diletakkan sebagai pilihan untuk menang,namun keputusan undian terjadi sebaliknya.ramai yang ternantikan keputusan calon tertinggi umno ini sebenarnya,bukan dari kalangan ahli umno sahaja,tapi dari kalangan parti pembangkang juga berminat.sampaikan ada dari kalangan parti PR yang sanggup mengikuti dari awal perhimpunan hingga tamatnya perhimpunan lebih dari ahli parti itu sendiri.

apa yang menarik perhatian aku adalah cadangan yang dikemukakan oleh presiden PAS hj. hadi awang untuk menyatukan parti pas dan umno.itu adalah pendapat yang sangat-sangat bagus buat masa sekarang,tapi ditentang pulak oleh nakhoda,nakhoda yang ada sekarang buang saja kelaut.yang aku rasakan telah sampai masanya untuk dia undurkan diri dan beri laluan pada nakhoda yang lain.mungkin pada masa dia mengemudi kapal ini dulu suasana dia lain,cara kawalannya lain,belum ada lagi sistem yang canggih,masih lagi berpandukan bulan dan bintang untuk memandu arah tujuan.tapi sekarang dah lain,semuanya perlu cepat dan cekap.semua sekarang,memerlukan tenaga baru,buah fikiran baru,sesuai dengan aliran masa kini,yang semuanya perlu cekap dan cepat.ini bukan aku sendiri yang reka cerita,tapi perbualan dari ahli-ahli pas sendiri.

dalam parti pas sendiri pun sekarang dah wujud beberapa kumpulan,yang digelar ulama malaysia,yang pro sang reformasi pun ada,yang liberal,yang macam daun serai,ikut ajer mana-mana pun.sebabnya setelah pas masuk dalm pr,keadaan ini semakin parah tanpa sedar,sebab tu sekarang tidak asing lagi kalau kita mendengar pas kutuk pas.yang pro sang reformasi dan yang ulama ni tidak sehaluan,aku sememangnya sokong sang ulama,sebab kita semua menuju ke akhirat,kerana sang reformasi tersangat-sangat la merapu dan tak tau arah tuju,hendak lompatkan orang kedalam,yang dalam melompat keluar,akhirnya dia sendiri yang terlompat-lompat.

tapi ini cerita ramai orang dah tau,mungkin ramai juga yang tau tapi buat-buat tak tau.yang aku kesiankan orang-orang kampung dan tua yang masih lagi ingatkan keadaan mereka masih lagi seperti biasa.dah la,chow.........

Monday, March 23, 2009

APSAL EK

Bila orang melayu menentang PPSMI,aku jadi tak faham.Apsal kecoh sangat dengan PPSMI ni,teruk sangat ke sampai perlu buat perhimpunan bagai.Adakah dengan PPSMI anak2 kita dah tak pandai cakap bahasa melayu lagi.Takdenyer,bahasa melayu tetap menjadi bahasa pertuturan kita orang2 melayu.Aku tertarik dengan artikel disatu laman blog,bloger dia tentu seorang yang famous,yang mengatakan kalau la negara indonesia itu mempunyai hasil alam seperti malaysia ni,minyak la,tentu indonesia telah meninggalkan malaysia berpuluh-puluh tahun kebelakang disebabkan kecintaan orang2 indon nie terhadap bahasa mereka sendiri,sama gak la macam iran dia kata.Tapi iran tetap maju walaupun telah dikenakan sekatan ekonomi berpuluh tahun lamanye,yup aku setuju dengan apa yang diperkatakan.Cuma satu jer yang aku sedikit musykil,adakah orang lain selain orang melayu yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan mereka seharian sepertimana orang indon yang menggunakan bahasa mereka sebagai bahasa pertuturan seharian tak mengira bangsa.Kalau ada tunjukkan saya.Maka tak hairan la kalau jepun,korea,taiwan n beberapa negara lain boleh jadi tersangat maju hanya dengan menggunakan bahasa mereka sahaja.Tentu sahaja mereka juga terpaksa belajar dahulu dari orang lain dan terpaksa jugak belajar dari orang2 putih yang bercakap bahasa inggeris dan menggunakan buku2 rujukan yang sudah semestinya dalam bahasa inggeris.Tapi diaorang terjemah pulak buku2 tersebut dalam bahasa ibunda diaorang sebab betapa cintanya diaorang dalam bahasa mereka,barulah pelajar2 lain mudah untuk belajar dalam bahasa mereka sendiri.Tapi kat malaysia ni ada ke mereka2 yang sanggup untuk mengabdikan diri mereka menjadi penterjemah bahasa melayu ni.Kalau ada mesti tak wujudnya PPSMI sebab semuanya sudah menjadi bahasa melayu,kita mungkin tak tau apa itu laman web sebab kita biasa menggunakan laman sesawang.Tak kuasa...........

Friday, February 20, 2009

Kebenaran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.......
Desember 2007.Aku kerja kat sebuah kilang chemical di negeri pantai timur yang terkenal dengan lombong emas hitamnya.Tapi aku bukan nak cerita pasal kerja aku kat sini,tapi ada satu kisah antara aku dengan seorang rakan kerja ni.Bagi sesiapa yang familiar dengan perangai dan mentaliti orang2 pantai timur ini,tentu lebih mudah untuk korang sume faham apa yang bakal aku ceritakan ini,aku pun asal pantai timur jugak.Satu petang tu,kitaorang saje lepak2 kat kantin,aku selalu perhatikan member aku sorang ni.dia terlalu fanatik dengan 1 parti politik ni,apa lagi kalau bukan PAS.Aku bertekak dengan dia pasal isu PAS bukan parti Islam,tapi guna je nama Islam.Perbalahan yang tidak membawa apa2 makna tu berpihak kepada aku,aku tak nak keadaan menjadi lebih keruh dengan adegan pergaduhan,so aku bangun tinggalkan dia sorang2.Bukan nak kata aku ni suka sangat berbeta,tapi aku amat pantang kalau tengok manusia2 bodoh ni yang ekstrem sangat dengan warna hijau dia dan gambar pemimpin dia tu yang kononnya Tok Guru,ulama...Dok leh nok gi aku,kata orang tranung.Bagus sangat ke pemimpin diaorang,ceramah maki hamun orang lain,kutuk orang,itu yang dikatakan sunnah nabi.?Sepanjang aku hidup atas muka bumi ni  la kan,belum pernah lagi aku dengar yang nabi pernah kutuk orang,maki hamun orang,hatta dalam mana2 hadis atau apa2 jela yang menceritakan pasal peribadi nabi ni,takde sepotong ayat pun yang kata nabi macam tu.Tapi apsal orang Islam kita ni,terutamanya orang2 melayu ni,begitu tertarik dengan pemimpin2 yang bermulut macam longkang camtu.Aku wase la,semua fellow ni kena minum air kangkang tok guru kot,kalau tak,takkan la semua bodoh macam lembu kena cucuk hidung.Semua yang PAS buat halal,semua yang orang lain buat haram.Ingat lagi pasal orang UMNO yang di kafirkan oleh orang PAS sebab bekerjasama dengan MCA dan MIC,siapa dia nak kafirkan orang suka2 hati je.Sekarang siapa lagi teruk,PAS sanggup bersekongkol dengan DAP,Haji Hadi siap berpeluk bagai dengan Lim Kit Siang,nasib baik tak cium pipi,muah muah......Tapi takde pulak orang2  UMNO kata orang PAS kafir.Tapi fellow diaorang tetap sokong gak,setia tak hengat..Dah macam kena pukau dah aku tengok.Dalam kompeni minyak milik kerajaan Malaysia ni pun terlalu ramai yang menjadi penyokong PAS,aku tak faham kenapa,walhal kerajaan PAS yang tegar disebuah negeri tu aku tengok tak berubah pun,jenayah ada gak,maksiat macam biasa,ada gak eh video klip 3GP gadis2 diaorang,sma jer.Aku biasa jugak buat kerja dalam tu,biasa la freelance.Kadang2 aku fikir sorang2,kerja kerajaan,tapi hentam kerajaan,bulan2 makan gaji duit kerajaan,belajar pun sekolah bantuan kerajaan,masuk U pun kerajaan yang sdiakan,abis blajar nak kerja dengan kerajaan sebab senang nak buat loan,pencen pun dapat,tapi bila dah dapat kutuk pulak kerajaan,kalau tak dapat lagi la kutuk.Puak2 ni tak pernah bersyukur,pakai jer serban besar bakul atas kepala,tapi hampeh.Ada satu kisah atas pelantar minyak di luar pesisir pantai Terengganu.Aku baru sampai,malam tu aku pergi la surau nak berjemaah,atas pelantar ni rata2 aku tengok alim2 belake,pakai serban pun ramai,bila dah siap azan sembahyang sunat sume,bilal pun bangun Iqamat,abis je masing2 aku tengok takde pun yang berdiri kat tempat imam,eh takkan la dalam ramai2 pakai serban ni takde yang boleh jadi imam kan.Masing2 tolak,mung ah jadi imam,mung ah jadi.Last2 yang pakai pioh lembek jugak jadi imam.Emphh serban jer besar bakul,jadi imam dok leh,wat berat kepala.Cakap bukan main lagi,halal haram,hukum gitu gini,tapi hampeh.Itu kebenarannya.......

Ruangan untuk aku

Salam. Kalau suka, boleh ikut. Kalau tak, boleh senyap. Kerana ruangan ini untuk aku. Selagi aku dengan seluruh hati menurut rukun Islam, rukun iman dan rukun negara, biarkan aku bebas. Lepaskan aku sendiri, menulis coretan hati mengikut kebenaranku.