Monday, April 13, 2009

Milo Terakhir


"kamu didapati bersalah dan dengan ini mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati"...itulah saja perkataan terakhir yang aku dengar sebelum semuanya menjadi gelap."ibu,apakah kesalahan anakmu ini,hingga dijatuhkan hukuman sedemikian rupa,anakmu masih lagi waras,belum lagi nak gila untuk membuat segala kesalahan itu,tangan ini masih suci lagi ibu"sepi...

Harapan untuk terlepas dari hukuman ini sudah tiada lagi,mahkamah rayuan menolak rayuan kerana peguam aku gagal untuk membuktikan sebarang keraguan terhadap kes aku ini.Aku kini hanya bermohon semoga segala rayuan doa-doaku dan sujud-sujudku padaNYA dimakbulkan Allah yang Maha Mendengar.Mungkin ini balasan dari dosa-dosa yang telah aku lakukan,walaupun yang menyabitkan aku berada dalam neraka dunia ini bukan dosa aku.Ya Allah,mengapa seberat ini ujian dan dugaan untuk aku,mengapa mesti aku yang menanggungnya,kenapa aku,kenapa.Dimana keadilanMU Allah.Arrghhhh........

Gelap.Aku terjaga dari tidur yang sekejap.Menangis lagi untuk kali yang keberapa.Tiada yang lebih indah bila terkenangkan masa-masa lalu,bebas bergerak,luas mata memandang ciptaan Tuhan.Terasa lapang,ahh segar rasanya nafas,menghirup udara ciptaanNYA yang terkadang membuat kita lupa dan alpa.Tapi sekarang aku dibilik sempit ini,berkongsi bersama penghuni-penghuni lain yang melakukan pelbagai dosa dan noda..

"Selalu la pohon keampunan dari Allah s.w.t,kerana Allah itu Maha Pengampun,setiap manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan salah dan dosa,hanya kekasih Allah sahaja yang terpelihara dari melakukan dosa,kita sebagai manusia biasa ini,selalulah bertaubat kepada Allah,semoga Allah mengampunkan dosa2 mu Amran"..sayu rasanya hati aku apabila mendengar nasihat dari Ustaz Akhil,dia memang ditugaskan untuk memberi kata-kata motivasi kepada mereka yang menjadi penghuni bilik akhir macam aku ini.."Ustaz,saya tidak bersalah ustaz,saya hanya diperalatkan,saya tidak tahu langsung apa yang apa dalam beg itu ustaz,ustaz saya"..aku tidak dapat meneruskan kata-kata lagi,menangis.."sabarlah Amran,mungkin ini ujian Allah keatas kamu,bersabarlah..Ada hikmah disebalik atas apa yang berlaku ini,sabar ye Amran"..Aku hanya mampu mengangguk-ngangguk sahaja,tiada kata-kata lagi yang mampu aku ucapkan..

"Mahkamah dengan ini memberi izin kepada kamu Mohd.Amran bin Omar untuk meminta permintaan terakhir sebelum hukuman dijatuhkan keatas kamu".Tiada apa lagi yang mampu aku minta,orang sudah tahu bila saat ajal mahu tiba,mana mungkin mahu apa-apa lagi.Semuanya sudah tawar bagi aku,cuma apa yang aku harapakan Allah mengampunkan dosa-dosa aku dan kedua ibu bapa aku.Aku memandang sayu ibu aku yang berada dibelakang,setia menemani aku apabila ada perbicaraan di mahkamah ini.Tiba-tiba tekak ini ingin sahaja merasa air milo yang dibuat oleh ibu aku.Sejak kecil lagi air milo memang menjadi air rasmi untuk aku,dan air milo ibu adalah yang tersedap pernah aku rasa.Aku tidak mampu untuk berkata-kata sendiri,dan melalui peguam aku,mahkamah memberi keizinan atas permintaan aku itu.

Aku lihat ibu tertunduk sayu sambil menitiskan air mata apabila mendengar permintaan aku untuk meminum air milo yang dibuat olehnya."Amran,ibu maafkan semua dosa-dosa Amran,ibu tahu Amran tidak bersalah,jangan terlalu bersedih nak,selalu pohon pada Allah,semoga Allah ampunkan dosa-dosa kita".Aku termenung jauh mendengar kata-kata ibu,ditangan aku masih lagi bersisa air milo yang diberi ibu tadi.Walaupun hanya dibenarkan minum dalam gelas kertas sahaja,kerana banduan akhir tidak dibenarkan minum dalam gelas kaca atau plastik,takut berlaku kejadian bunuh diri dan risiko mencederakan diri sendiri.Itulah minuman paling nikmat sekali aku rasa selama aku menjadi penghuni bilik akhir ini."Ibu,Amran tidak bersalah,tapi Allah telah takdirkan begini pengakhiran hidup Amran,Amran redha bu,cuma Amran berharap,ibu doakan Amran selamat bila berada dialam sana,ampunkan dosa-dosa Amran selama ini,halalkan makan minum Amran dan air susu ibu yang mengalir dalam darah Amran selama ini,yang membesarkan Amran menjadi jahat begini.Maafkan Amran ibu"..

Tiada air mata lagi yang mengalir,sudah kering semuanya aku curahkan.Malam ini aku hanya menghabiskan masa-masa terakhir aku hanya untuk bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah s.w.t sahaja."Ya Allah,sekiranya ini pengakhiran hidup aku,yang telah ditakdirkan untuk aku,Engkau ampunilah dosa-dosa aku selama ini,aku redha diatas semua ketentuan mu Ya Allah.Aku bermohon padaMu,Engkau permudahkanlah saat nyawa aku diambil pada hari esok Ya Allah,janganlah Engkau sakitinya Ya Allah kerana tiada sakit yang lebih sakit selain dari tiba saat kematian.Ya Allah,ampunilah dosaku Ya Allah..Aku menangis lagi untuk kali yang terakhir....

No comments:

Post a Comment